Berita UtamaUncategorizedUtama

Kenyataan Hanipa Maidin ‘restu’ aktiviti jijik golongan LGBT

Puak liberal akan makin berani kerana disokong kerajaan: Wanita Isma

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 17 Zulkaedah 1440H, Sabtu – Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin, berhubung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) telah membuka ruang luas kepada aktiviti ‘songsang’ dan jijik dalam kalangan masyarakat.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita Isma), Ustazah Suriani Sudi berkata, sebagai menteri yang beragama Islam, Hanipa sepatutnya melihat isu berkenaan dalam konteks yang lebih besar.

Beliau berkata, apa yang menjadi isu bukanlah Perkara 10 Perlembagaan, sebaliknya tindakan, pakaian, slogan, sepanduk yang dibawa secara berani pada perarakan berkenaan jelas bertentangan dengan identiti Malaysia sebagai negara Islam.

“Ia sekaligus mengguriskan hati dan menggugat sensitiviti umat Islam di Malaysia. Bahkan, ia hakikatnya bertentangan dengan norma manusia yang normal.

“Menteri seharusnya mempertahankan Malaysia dari dicemari unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Selasa lalu, Hanipa dalam jawapan di Parlimen berkata, perarakan Hari Wanita yang disertai aktivis LGBT pada 9 Mac lalu, tidak bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mohamed Hanipa berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang bertanya mengapa penganjuran perhimpunan itu tidak dikenakan tindakan lanjut dan siasatan dihentikan, sedangkan ia bercanggah dengan Islam dan Perlembagaan Negara.

“Sekiranya pun benar dakwaan YB bahawa apa yang dilakukan bercanggah dengan Islam, pihak Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah mana-mana undang-undang yang sedia ada untuk mendakwa apa-apa perbuatan yang dikatakan bercanggah dengan Islam,” kata Hanipa.

Mengutuk jawapan Hanipa itu, Ustazah Suriani berkata, jika begitulah sikap ditunjukkan menteri, golongan liberal akan semakin berani kerana mendapat sokongan daripada pemerintah.

“Sebagai seorang ibu, saya ingin bertanya kepada menteri yang juga seorang ayah. Tegarkah melihat anaknya berkelakuan seperti peserta perarakan tersebut hasil daripada tindakannya ini?

“Tepuklah dada wahai pak menteri,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close