Berita UtamaUtama

Pencemaran bukan isu politik, jangan ada pihak ‘cover’

Desak tutup sementara semua kilang di Pasir Gudang: Aminuddin

BANGI, 16 Zulkaedah 1440H, Jumaat – “Tutup kilang-kilang yang ada (yang berlesen) buat sementara waktu. Walaupun kilang haram sudah ditutup, kes pencemaran masih lagi berulang.

“Bagi saya, tutup dulu sampai keadaan sudah dapat dikawal. Selepas semua ini reda, baru mula balik operasi,” kata Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya mengulas laporan hari ini menyatakan 39 pelajar dari lima buah sekolah di Pasir Gudang mengalami simptom muntah dan sesak nafas.

Beliau berkata, kerajaan perlu lebih tegas dan bertindak drastik menangani masalah yang berulang, seperti tiada kesudahan.

“Tidak cukup dengan hanya membuka pejabat Alam Sekitar di Pasir Gudang atau sekadar pemantauan hasil-hasil kilang itu saja. Kerajaan kena tegas. Ini membabitkan nyawa dan kesihatan manusia serta anak-anak kita.

“Jangan nanti kerajaan kata pelajar sakit sebab tersalah makan pula, bukan sebab pencemaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengaitkan dengan kes kematian seorang suri rumah baru-baru ini yang dikatakan berpunca daripada pencemaran – seperti yang dilaporkan Bernama dan Astro Awani – Haji Aminuddin kesal apabila segelintir pihak mendakwa beliau membuat tohmahan, hanya kerana Menteri Kesihatan membuat kenyataan kematian wanita itu disebabkan sakit jantung.

Hakikatnya, suami wanita berkenaan pada peringkat awal menyatakan kematian itu disebabkan pencemaran, kemudian beliau dikatakan membuat u-turn.

“Kita minta jangan ada pihak yang cuba nak ‘cover’. Ini bukan isu politik, itu kita kena ingat,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close