Berita UtamaUtama

LGBT: PAS desak Hanipa tarik balik kenyataan mengelirukan

Jawapan timbalan menteri di Parlimen dangkal dan mengecewakan

BANGI, 16 Zulkaedah 1440H, Jumaat – PAS mendesak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin menarik balik jawapan di Parlimen mengatakan perarakan Hari Wanita yang disertai aktivis LGBT pada 9 Mac lalu, tidak bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan.

Hanipa berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang bertanya mengapa penganjuran perhimpunan itu tidak dikenakan tindakan lanjut dan siasatan dihentikan, sedangkan ia bercanggah dengan Islam dan Perlembagaan Negara.

“Sekiranya pun benar dakwaan YB bahawa apa yang dilakukan bercanggah dengan Islam, pihak Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah mana-mana undang-undang yang sedia ada untuk mendakwa apa-apa perbuatan yang dikatakan bercanggah dengan Islam,” kata Hanipa.

Menyifatkan kenyataan Hanipa sebagai dangkal dan mengecewakan, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jawapan menteri itu dilihat tidak menjawab isu sebenar dan boleh mengelirukan orang ramai.

“Timbalan menteri juga memaklumkan bahawa himpunan mematuhi Subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012. Subseksyen ini adalah mengenai pemberitahuan perhimpunan mestilah dilakukan 10 hari sebelum tarikh berhimpun.

“Jelas jawapan beliau bercanggah dengan kenyataan asal Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada 9 Mac 2019 yang mengatakan bahawa tiada permit dikeluarkan bagi perhimpunan itu berikutan notis dikemukakan kepada polis kurang 10 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, golongan LGBT perlu dirawat dan tidak dibiarkan terus berleluasa sehingga boleh menjejaskan kemaslahatan awam.

Katanya, ia juga selaras dengan penegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak sekeras-kerasnya budaya songsang LGBT diamalkan di negara ini.

“YB Menteri Agama juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa himpunan mempertahankan hak LGBT telah menyalahgunakan ruang demokrasi dan tindakan tegas ke atas mereka mesti diambil.

“Tambahan lagi, YB Hanipa mesti merujuk Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman yang berkaitan dengan sekatan-sekatan dan syarat-syarat perhimpunan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close