Berita UtamaDunia

27 kanak-kanak terbunuh di Afghanistan

Kekejaman semakin meningkat dari hari ke hari

GENEVA, 30 Zulhijjah 1442H, Isnin – Sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak terbunuh dan 136 yang lain cedera – di tengah-tengah meningkatnya keganasan – di tiga wilayah Afghanistan sejak tiga hari lepas.

Kematian dan kecederaan dilaporkan di wilayah Kandahar, Khost dan Pakria.

Agensi Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) berkata, pihaknya terkejut dengan peningkatan pelanggaran terhadap kanak-kanak di negara bergolak itu.

“Kekejaman semakin meningkat dari hari ke hari,” kata wakil UNICEF di negara itu, Herve Ludovic dalam kenyataan.

Konflik di Afghanistan sudah lama berlarutan dan dilihat semakin parah sejak Mei lalu apabila tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya mula meninggalkan negara itu, yang dijangka selesai sepenuhnya akhir bulan ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button