Berita Utama

Konsert Legenda rai ulang tahun ke-45 hubungan Malaysia-China

Persembahan pemain piano bersama 87 ahli Orkestra Simfoni Guangxi

KOTA KINABALU, 16 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, penganjuran Konsert Legenda Laluan Sutera Maritim 2019 adalah satu daripada platform untuk memupuk dan memelihara hubungan baik antara China dan Malaysia.

Beliau berkata, muzik adalah bahasa sejagat iaitu satu bentuk komunikasi yang melampaui ruang dan masa dan ia boleh merapatkan hubungan masyarakat tanpa mengira sempadan, budaya dan kaum.

“Oleh itu saya sangat gembira kerana kementerian dengan kerjasama Pejabat Konsulat China di Kota Kinabalu berjaya menganjurkan konsert ini pada malam ini sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Persembahan dalam konsert ini disertai pemain piano berbakat Malaysia Claudia Yang, bersama-sama dengan 87 ahli Orkestra Simfoni Guangxi,” katanya ketika berucap ringkas pada konsert itu di sini malam tadi.

Konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R M Jasni.

Kenamaan lain yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close