Berita UtamaDuniaPalestinTimur TengahUtama

Israel tipu tak guna peluru hidup tembak kanak-kanak Palestin

Abdul Rahman Yasser berusia 10 tahun kritikal angkara rejim Zionis

PALESTIN, 16 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Rejim pengganas Israel sekali lagi berbohong apabila menafikan mereka menggunakan peluru hidup ketika menembak seorang kanak-kanak Palestin minggu lalu, kata Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR).

Abdul Rahman Yasser Shteiwi, 10, duduk di depan sebuah rumah di kampung Kafr Qaddum ketika dia ditembak dengan lebih 100 serpihan peluru di kepala pada 12 Julai lalu.

Dia kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital dan dalam keadaan kritikal, walaupun 70 peratus serpihan peluru telah dikeluarkan.

Rejim pengganas Zionis telah menyerang wilayah diduduki di Kafr Qaddum, Tebing Barat, ketika protes mingguan diadakan secara besar-besaran bagi membantah tindakan Yahudi yang menutup jalan utama antara kampung dan bandar berhampiran Nablus.

Media Yahudi B’Tselem melaporkan, beberapa warga Palestin dari jarak beberapa meter telah melempar batu ke arah rejim Zionis ketika tunjuk perasaan diadakan.

“Tentera kami (Yahudi) menembak peluru logam bersalut getah ke arah penunjuk perasaan, tetapi sebelum bantahan dilakukan, mereka juga telah melancarkan serangan udara,” katanya secara bohong.

Rejim Zionis juga telah membuat khabar angin bahawa mereka telah menggunakan pelbagai cara untuk mengendalikan bantahan itu, tetapi menafikan menggunakan bahan api dan peluru hidup.

B’Tselem mendakwa, kecederaan yang dialami Abdul Rahman kononnya mengikut ‘dasar terbuka’ yang dilaksanakan oleh rejim Zionis bagi mengendalikan protes yang dilakukan warga Palestin.

Katanya, dasar itu membenarkan penembakan rakyat Palestin yang juga kononnnya tidak membahayakan sesiapa.

Sementara itu, PHCR berkata, dasar Israel yang masih berkuatkuasa telah mengorbankan ratusan rakyat Palestin serta mencederakan ribuan orang awam.

Katanya, kelengkapan ketenteraan rejim zionis yang lengkap cukup untuk mengancam nyawa, mengakibatkan kecederaan serta memudahkan penangkapan kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan sempadan Gaza.

Terdahulu, lebih 70 warga Palestin cedera termasuk 16 kanak-kanak terkena tembakan askar rejim Zionis ketika mengadakan tunjuk perasaan.-Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close