Berita UtamaUtama

Ajaran sesat bawa perpecahan

Perpaduan dapat menyerlahkan kekuatan, kestabilan umat


BANGI, 16 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Umat Islam diingatkan berwaspada dengan sebarang ajaran sesat, menyeleweng dan menyalahi Ahli Sunnah Waljamaah yang boleh membawa kerosakan dan perpecahan.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menerusi teks khutbah Jumaat hari ini berkata, masyarakat Islam di Tanah Melayu dahulunya hidup sejahtera dan harmoni, sehingga datangnya pelbagai fahaman Islam lain yang memporak-perandakan keadaan.

Katanya, perpecahan umat dapat dielakkan melalui penyatuan masyarakat di bawah satu pegangan akidah yang sama.

“Hampir semuanya atau majoriti masyarakat nusantara ini berakidah menurut Imam Abu Hassan al-Asy’ari, bermazhab fiqah Imam asy-Syafie dan bertasawuf Imam al-Ghazali sesuai dengan praktik agama Islam terhadap tiga tiang asasnya iaitu Iman (akidah), Islam (fiqah) dan Ihsan (tasawuf),” kata khutbah.

Katanya, segala aspek kehidupan seperti sosial, ekonomi, politik, teknologi akan menjadi utuh dengan perpaduan jemaah.

“Perpaduan yang wujud dapat menyerlahkan kekuatan serta kestabilan sebuah umat,” katanya.

Justeru, umat Islam wajib berpegang teguh dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi menjamin kesejahteraan dan kejayaan hidup berteraskan akidah Islam.

Umat Islam juga digesa bersatu padu sebagai asas kekuatan serta kesejahteraan ummah.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close