Berita UtamaUtama

225 kg ketum dirampas

Hasil rampasan termasuk kereta bernilai RM12,500

TELUK INTAN, 16 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Polis menahan seorang lelaki tempatan serta merampas 45 bungkusan daun ketum seberat 225 kilogram (kg), di tepi jalan, di Kampung Sungai Rubana di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.15 petang, semasa polis menjalankan operasi di sekitar kawasan Teluk Intan.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis merampas 20 bungkusan plastik hitam disyaki berisi daun ketum dengan anggaran berat 100 kg, yang ditemui di bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta jenis Toyota dan 25 bungkusan lagi seberat 125 kg di bahagian but kereta berkenaan.

“Rampasan daun ketum dan kenderaan terbabit dianggarkan bernilai RM12,250,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek adalah negatif.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close