Berita UtamaDuniaTimur TengahUtama

12 Yahudi rogol wanita British

PARALIMNI, Cyprus, 16 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Mahkamah mengarahkan 12 lelaki berketurunan Yahudi ditahan reman lapan hari atas pertuduhan merogol seorang wanita British berusia 19 tahun, pada pagi Rabu.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita berkenaan menginap di hotel di bandar resort Cypriot, di Ayia Napa dan sekumpulan lelaki dari Israel itu memecah masuk bilik dan merogol.

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati terdapat kesan lebam dan calar pada mangsa.

Seorang peguam yang mewakili empat daripada tertuduh memberitahu The Associated Press (AP), pendakwa telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa jumlah suspek yang terbabit kes rogol itu masih dikenal pasti.

Sementara itu, pegawai kedutaan Israel, Yossef Wurmbrand berkata, tertuduh berusia dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun dan menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan kepada suspek dan keluarga mereka.

Ibu bapa tertuduh yang turut hadir di mahkamah memeluk mereka, dan seorang daripada mereka mengalirkan air mata ketika mendapat berita direman.

Seorang lagi peguam Yahudi yang mewakili tiga tertuduh berkata, tertuduh yang menginap di resort itu adalah dalam kumpulan yang berasingan, serta tidak mengenali satu sama lain. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close