Berita UtamaUtama

VIDEO | ‘Pak belang’ masuk kampung

Seekor harimau berkeliaran di Kampung Besol sejak semalam

BANGI, 15 Zulkaedah 1440H, Khamis – Penduduk Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau belang di kawasan kediaman mereka hari ini.

Menerusi video tular berdurasi 40 saat di media sosial, haiwan itu muncul dan berkeliaran berhampiran deretan kereta serta jalan kampung berkenaan petang tadi.

Harimau itu dikatakan berkeliaran di sekitar Kampung Besol Lama sejak malam tadi.

Difahamkan, harimau yang kelihatan kelaparan itu tidak bertindak agresif dan penduduk kampung berjaya menghalaunya halau ke hutan semula.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malik Mohd Yusuf mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehadiran haiwan itu dan pihaknya sedang mengesannya.

“Kakitangan Perhilitan segera dikerah ke lokasi kejadian untuk menangkapnya sebaik menerima aduan mengenainya. Buat masa ini, kita sedang berusaha untuk menangkap harimau belang itu dan kita juga belum dapat mengenal pasti dari mana harimau belang itu datang.

“Kita juga tidak dapat mengesahkan sama ada ia jinak atau sebaliknya,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close