Berita Utama

KPT tanggung bayaran proses UPUOnline

Keputusan dibuat ambil kira keadaan semasa pandemik

BANGI 1 Rejab 1443H, Khamis – Semua urusan proses UPUOnline/Unik ID lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi, Matrikulasi dan Diploma atau setaraf bagi sesi akademik 2022/2023 akan ditangggung sepenuhnya Kementerian pengajian Tinggi (KPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

“Permohonan kemasukan akan dibuka mulai esok sehingga 31 Mac ini.

“Sehubungan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Kerajaan dan KPT memahami kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button