Berita UtamaUtama

Perceraian Sultan Kelantan: Tunggu kenyataan rasmi istana

Kerajaan negeri tak terima maklumat nikah, cerai Sultan Muhammad V

KOTA BHARU, 15 Zulkaedah 1440H, Khamis – Kerajaan Kelantan meminta supaya semua pihak menunggu pengumuman daripada Istana Kelantan berhubung perkembangan berita perceraian Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik Russia, Rihana Oksana Gorbatenko.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, hanya Pejabat Istana Kelantan sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu pernikahan dan perceraian Sultan Muhammad V.

Ahmad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat pernikahan dan perceraian kerana maklumat rasmi hanya dikeluarkan oleh Pejabat Istana Sultan Kelantan.

“Setakat ini kita tidak dapat maklumat. Itu biasanya melalui Pejabat Sultan, saya Pejabat Menteri Besar… lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wahdah Temasek (Infak Wakaf Umat Islam Singapura) di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Bernama melaporkan Istana Kelantan setakat ini masih berdiam diri berkaitan isu itu tetapi sudah mengeluarkan penegasan bahawa tiada pihak boleh digelar permaisuri Kelantan, raja perempuan Kelantan, sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi.

Semalam, New Straits Times melaporkan Sultan Muhammad V sudah menceraikan Rihana yang menukar nama kepada Rihana Oksana Petra selepas perkahwinan mereka.

Perceraian itu difailkan pada 22 Jun lalu di Mahkamah Syariah Singapura dan diluluskan pada 1 Julai lalu, kata NST yang memetik sumber.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close