Berita Utama

Malaysia tak pernah iktiraf sekolah pergigian Taiwan

139 graduan yang tak diiktiraf sudah didaftar dengan MDC

KUALA LUMPUR, 15 Zulkaedah 1440H, Khamis – Kelayakan asas pergigian daripada sekolah pergigian di Taiwan tidak pernah diperakui di bawah Akta Pergigian 1971, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham, yang juga presiden Majlis Pergigian Malaysia (MPM), merujuk kepada laporan berita semalam yang menyebut MDC telah menarik balik pengiktirafan tujuh buah sekolah pergigian Taiwan daripada jadual kedua akta tersebut.

“MDC ingin menjelaskan bahawa in tidak benar kerana kelayakan asas pergigian dari sekolah pergigian Taiwan tidak pernah diiktiraf di bawah Akta Pergigian 1971 dan oleh itu tidak pernah disenaraikan di bawah jadual kedua akta tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam tadi .

Bagaimanapun, katanya, pendaftaran graduan pergigian dengan kelayakan yang tidak diiktiraf termasuk dari institusi pergigian Taiwan mungkin dipertimbangkan di bawah Seksyen 12(3) atau Seksyen 12(9) Akta Pergigian 1971 sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MDC.

Dr Noor Hisham berkata, pada masa ini, terdapat 139 graduan dari sekolah pergigian Taiwan yang tidak diiktiraf sudah didaftarkan dengan MDC selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MDC.

Justeru, katanya, kesemua 139 graduan itu dibenarkan mengamalkan profesion mereka di Malaysia. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close