Berita UtamaUtama

5 lelaki tak mengaku tahan MPV polis ketika PRK Rantau

Tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin

SEREMBAN, 15 Zulkaedah 1440H, Khamis – Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas pertuduhan memeriksa kereta peronda polis (MPV) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau, pada 13 April lepas.

Kesemua tertuduh, S. Vigane Swaran, S. Mangaswaran, S. Sivakumar, M. Arin dan A. Yeohvan Louis membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majisret V. Vanita.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh pada 13 April kira-kira pukul 6 petang di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chung Hwa, Rantau dalam daerah Seremban dengan sengaja menghalang tugas Sarjan Yusof Md Medak dari menjalankan fungsi jawatannya dengan membuat pemeriksaan pada bahagian bonet kenderaan polis MPV NS 357.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sampai dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad.

Tertuduh pertama S. Vigane Swaran, kedua S. Mangaswaran dan ketiga S. Sivakumar diwakili peguam Farzana Sahudin dan Haresh Mahadevan manakala tertuduh keempat M. Arin dan kelima A. Yeohvan Louis diwakili peguam V. K. Indran.

Majistret membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Dalam kejadian pada 6 petang 13 April lepas, dua anggota MPV mengikuti sebuah kenderaan lain bagi membawa kertas undi ke pusat penjumlahan di SRJKC Chung Hua, Rantau.

Bagaimanapun, MPV itu tidak memasuki sekolah sebaliknya berhenti di luar pagar bagi mengawal keadaan lalu lintas dan keselamatan.

Lima lelaki berkenaan yang juga penyokong sebuah parti politik, menghampiri anggota lalu memeriksa MPV berkenaan selepas mendakwa polis membawa lebihan kertas undi. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close