Berita UtamaUtama

23 maut studio animasi dibakar

Seorang lelaki berusia 41 tahun ditangkap, 36 yang lain cedera

JEPUN, 15 Zulkaedah 1440H, Khamis – Sekurang-kurangnya 23 dikhuatiri terbunuh dan ramai yang masih hilang selepas sebuah studio animasi diserang dan dibakar di bandar raya Kyoto, hari ini.

Pegawai Jabatan Bomba Kyoto, Kazuhiro Hayashi berkata, setakat ini 13 disahkan maut, selepas kebakaran khianat di pejabat animasi di Kyoto, sementara lebih 10 mangsa pula dianggap terbunuh.

Sekurang-kurangnya 36 lagi cedera, katanya.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyifatkan pengesahan bomba sebagai ‘perkataan mengerikan’ dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Kebakaran itu kelihatan seperti disengajakan, kata polis yang tidak menyatakan maklumat lanjut mengenai motif serangan.

“Seorang lelaki melempar botol cecair untuk memulakan kebakaran,” kata jurucakap polis Kyoto.

Media tempatan melaporkan seorang lelaki berusia 41 tahun ditangkap kerana disyaki ada kaitan dengan perbuatan khianat itu.

Rangkaian televisyen NHK mendakwa lelaki itu menjerit ‘mati kami’ ketika dia mencurahkan apa yang didakwa sebagai minyak di sekeliling bangunan tiga tingkat kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

NHK melaporkan suspek dihantar ke hospital kerana turut cedera. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close