Berita UtamaUtama

111,142 mohon kewarganegaraan dalam tempoh 5 tahun

26,222 permohonan ditolak, 54,222 masih dalam proses, 24,327 lulus

KUALA LUMPUR, 15 Zulkaedah 1440H, Khamis – Sebanyak 111,142 permohonan kewarganegaraan telah diterima Jabatan Pendaftaran Negara dari 2013 hingga 2018, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 26,222 permohonan telah ditolak, 54,222 masih dalam proses, manakala 24,327 telah lulus dan 6,371 dibatalkan.

“Sebagai satu inisiatif untuk menambah baik dalam proses penganugerahan kewarganegaraan, kementerian sedang muktamadkan kemaskini prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan peruntukan perundangan yang berkuatkuasa dengan mengambil kira pelbagai aspek iaitu kebajikan pemohon tanpa mengabaikan keselamatan dan warganegara sedia ada,” katanya. – Bernama

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close