Berita UtamaDuniaPalestinTimur TengahUtama

Rejim Syria bunuh 12 orang awam

606 maut termasuk 157 budak dalam masa 11 minggu bom tanpa henti

AMMAN, 14 Zulkaedah 1440H, Rabu – Sekurang-kurangnya 12 orang awam terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan rejim Bashar Al-Assad di sebuah pasar terkenal, barat laut Syria, semalam, lapor pasukan penyelamat dan penduduk tempatan.

Mereka berkata, bom yang dilepaskan rejim Syria melalui pesawat tenteranya jatuh di desa Maar Shoreen, di selatan Idlib, mencederakan penduduk yang berada berdekatan jalan utama.

Video kejadian yang tular di media sosial memaparkan mayat-mayat terbaring di jalanan serta mangsa terbakar diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) melaporkan, ratusan orang awam telah terkorban akibat serangan rejim Syria yang mendapat sokongan Rusia di kubu pemberontak, di barat laut Syria sejak dua bulan lalu.

SOHR yang menjadi jurucakap kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, laporan terbaharunya mencatatkan bahawa kerjasama antara rejim Syria-Rusia telah memusnahkan 31 kemudahan awam, 37 pusat perubatan dan 81 buah sekolah dalam masa 11 minggu pengeboman tanpa henti.

Katanya, serangan bom itu juga telah mengorbankan 606 orang awam termasuk 157 kanak-kanak.

Konflik tujuh tahun antara IS dan SDF di Syria menyebabkan lebih 360,000 maut manakala dan berjuta-juta penduduk menjadi pelarian. – Agensi

 

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close