Berita UtamaUtama

281,527 kes kemalangan dalam tempoh enam bulan

Selangor negeri paling tinggi nahas jalan raya sebanyak 83,607 kes

KUALA LUMPUR, 14 Zulkaedah 1440H, Rabu – Jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dilaporkan sebanyak 281,527 kes, mencatatkan peningkatan sebanyak 2.5 peratus berbanding 274,556 bagi tempoh sama pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, kes berkenaan meliputi kemalangan maut, kemalangan yang membawa cedera parah dan cedera ringan.

“Daripada jumlah itu, Selangor merupakan negeri penyumbang tertinggi kes kemalangan iaitu sebanyak 83,607 (29.7 peratus), diikuti Johor 41,161 (14.6 peratus) dan Kuala Lumpur di tempat ketiga dengan 36, 288 kes (12.9 peratus),” katanya ketika sidang media laporan prestasi setengah tahun dan Op Saman Tertunggak Warga Asing (Ostwa IX) di Bukit Aman di sini hari ini.

Azisman berkata, bagi kes kemalangan maut, Selangor dan Johor menjadi penyumbang tertinggi dengan 482 kematian direkodkan, diikuti Perak dengan 302 kematian.

“Penunggang motosikal pula kekal mendahului senarai penyumbang kematian paling ramai dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan 1,984 kes kematian direkodkan, diikuti dengan kereta (580 kematian) dan pejalan kaki (220 kematian) dan selebihnya adalah lain-lain kenderaan,” katanya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close