Berita UtamaUtama

PAS syor wujud silibus pendidikan politik, demokrasi

Tak guna pengundi ramai tapi peratusan keluar mengundi sedikit

BANGI, 13 Zulkaedah 1440H, Selasa – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan mencadangkan supaya silibus pendidikan politik dan demokrasi diwujudkan di institusi-institusi pendidikan dalam negara.

Beliau berkata, tindakan itu perlu supaya rakyat Malaysia khususnya berumur 18 tahun yang diberi peluang mengundi memahami politik negara.

Untuk menjadi pengundi, Takiyuddin berkata, seseorang individu itu perlu memahami peranan, tanggungjawab serta amanah yang dipikul sebagai rakyat dalam konteks pilihan raya dan pemilihan pemimpin.

“Kerajaan perlu mewujudkan silibus berhubung pendidikan politik dan demokrasi supaya rakyat Malaysia yang diberi peluang umur 18 tahun untuk mejadi pengundi memahami peranan dan tanggungjawab.

“Ini amanah yang mereka perlu pikul sebagai rakyat Malaysia dalam konteks pilihan raya dan pemilihan pemimpin dalam negara kita,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad membentangkan pindaan Perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menggesa anggota Dewan Rakyat, terutama pembangkang memastikan pindaan itu diluluskan dengan sokongan lebih dua pertiga majoriti bagi mencipta sejarah baru di Malaysia.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS turut meminta kerajaan menangani terlebih dahulu peratusan turun mengundi rendah dalam pilihan raya kecil sebelum ini iaitu bawah 50 peratus.

“Tiada guna kita mempunyai jumlah pengundi yang ramai tetapi peratusan rakyat turun mengundi masih ditahap yang lama malah semakin berkurang,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close