Berita UtamaUtama

Heineken digesa henti promosi ‘arak 0 alkohol’: KRIM

Normalisasi generasi baharu arak boleh diminum membimbangkan

BANGI, 13 Zulkaedah 1440H, Selasa – Syarikat pengeluar minuman keras, Heineken digesa menghentikan segera promosi produk arak tanpa alkohol yang dijual kepada pelanggan secara terbuka. 

Pengarah Kelab Remaja Isma (KRIM), Ibrahim Sharkawi berkata, walaupun syarikat berkenaan telah menjelaskan produk Heineken 0.0 adalah tidak halal dan hanya dijual kepada pelanggan bukan Islam dan berusia 21 tahun ke atas sahaja, namun promosi yang dibuat agak keterlaluan. 

Katanya, KRIM melihat perkara ini secara keseluruhan dalam kesan dan aplikasi promosi produk terhadap generasi muda terutama sekali golongan remaja.

“Bila kita lihat identiti remaja, mereka adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan pelbagai agenda. Lebih-lebih lagi dengan adanya promosi arak zero alkohol.

“Promosi berkenaan seolah-olah menormalisasikan generasi baru supaya melihat arak satu perkara yang boleh diminum. Salah faham ini sangat membimbangkan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas promosi penjualan arak berlabel ‘zero-alcohol’ keluaran sebuah syarikat minum keras di kedai serbaneka 24 jam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara ini jika dibiarkan, secara tidak langsung akan mencacat-cela hala tuju negara pada masa akan datang.

“Sepatutnya mana-mana promosi yang akan dilakukan selepas ini mestilah bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan. Tidak sepatutnya promosi itu menyentuh mana-mana sensitiviti umat Islam.

“Juga tidak digalakkan sebarang promosi yang berbentuk provokasi. Kita minta ibu bapa, rakan-rakan NGO supaya menjelaskan kepada anak muda, khususnya remaja yang mudah terpengaruh dengan agenda yang tidak baik seperti ini,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam laman Facebooknya telah menjelaskan mengenai isu berkenaan dalam artikel bertajuk ‘Alkohol dan Arak’. 

Jakim berkata, minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling, adalah haram diminum.

Jakim memetik hukum haram itu berdasarkan sumber daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close