Berita UtamaUtama

Lantik pemimpin berwibawa, berdaya saing bina negara Islam

Rakyat muak dengan ahli politik kuno seperti Kit Siang: Pemuda Berjasa

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 12 Zulkaedah 1440H, Isnin – Senario politik hari ini masih lagi diwarnakan dengan budaya politik kuno, antaranya budaya jijik dengan skandal seks dan bermuka-muka yang sinonim dengan ahli politik tua, kata Ketua Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Iqbal Hakim Abd Razak.

Beliau berkata, laporan portal yang memetik pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang tidak pernah menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang korup, mengesahkan hakikat itu.

Iqbal menyifatkan, penafian Kit Siang bukan sesuatu yang mengejutkan kerana majoriti ahli politik kuno berpegang dengan falsafah Machiavelli dalam berpolitik.

“Pada mereka apa saja asalkan boleh, asalkan kena dengan cita rasa nafsu dan kehendak diri mereka. Setakat menjilat kembali ‘ludah dan kahak’ yang mereka palit ke wajah musuh politik mereka dahulu yang kini telah menjadi rakan politik mereka, tidak membuatkan mereka rasa apa-apa.

“Asalkan kehendak dan agenda peribadi mahupun parti mereka dipenuhi, mereka sanggup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Ismaweb ketika diminta mengulas penafian Kit Siang bahawa beliau tidak pernah menuduh Dr Mahathir sebagai seorang yang korup ketika wawancara eksklusif bersama New Straits Times baru-baru ini.

Dalam pada itu, Iqbal berkata, rakyat semakin bijak menilai dan saban hari penilaian rakyat terhadap budaya berpolitik ahli politik kuno seperti Kit Siang dan sekutunya menyebabkan rakyat merasa semakin mual serta muak dengan mereka.

Justeru, citra warna politik hari ini perlu diwarnai semula dengan budaya politik yang matang, didasari dengan mengutamakan perjuangan menegakkan prinsip keadilan berpandukan syarak dan bukan lagi berpolitik demi memenuhi agenda serta kepentingan peribadi seseorang ahli politik ataupun kepentingan parti mereka, katanya.

“Pilihan yang ada untuk rakyat adalah untuk melantik pemimpin yang berwibawa, berdaya saing, bekerja untuk rakyat dan mengutamakan perjuangan mengangkat agenda ummah dalam usaha membina negara Islam, negara Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

“Jadikan pengalaman PRU14 yang lepas satu titik tolak untuk kita merealisasikan perubahan yang nyata dan berguna untuk rakyat mengembalikan identiti Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close