Berita UtamaUtama

167 hilang tempat tinggal rumah panjang terbakar

Punca sebenar kejadian, jumlah kerugian masih dalam siasatan

SRI AMAN, 12 Zulkaedah 1440H, Isnin – Seramai 167 penghuni Rumah Lepang Sayat, Engkelili, Lubuk Antu tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku 1.48 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Penyelamat Sri Aman telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi kejadian, mendapati rumah panjang dua tingkat, 26 pintu jenis separuh kekal itu hampir musnah dijilat api.

“Menurut Tuai Rumah, kebakaran awal yang bermula dari bahagian dapur itu cuba dipadamkan dengan menggunakan empat unit alat pemadam api namun gagal berikutan api merebak dengan cepat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tiong berkata, jarak balai ke lokasi kejadiaan adalah sejauh 46km dan mengambil masa perjalanan selama satu jam.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close