Berita UtamaUtama

VIDEO | Siasat ‘zikir goyang Tok Ki’

Ajaran meragukan di daerah Jerantut bimbangkan penduduk kampung

BANGI, 11 Zulkaedah 1440H, Ahad – Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut sedang menyiasat ritual ‘zikir goyang Tok Ki’, susulan tersebarnya tiga klip video yang menunjukkan beberapa lelaki dan wanita mengalunkan bacaan yang tidak jelas sambil menggoyangkan badan.

Rituan pelik itu dilaporkan diadakan di Surau Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut, malam Jumaat lalu.

Perbuatan itu diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali dengan panggilan ‘Tok Ki @ Tok Ayah’ yang dikatakan berasal dari Terengganu. Seorang lelaki tempatan didakwa membawa ‘Tok Ki @ Tok Ayah’ ke kampung itu untuk melakukan ritual berkenaan.

Difahamkan, pejabat agama Islam daerah itu menerima klip video yang tular di laman media sosial berkaitan ritual yang disyaki menyalahi hukum syarak.

Di dalam rakaman tiga video yang masing-masing berdurasi antara 0.22 saat, 0.51 saat dan 1.12 minit kelihatan beberapa lelaki dan perempuan sedang berdiri dan melakukan beberapa pergerakan badan sambil mengalunkan bacaan yang tidak berapa jelas sebutannya.


Kadi Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohamad Sa’ad mengesahkan menerima aduan berhubung perbuatan itu, dan telah berbincang dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bantal, dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut.

Hasil perbincangan itu, Tok Ki dipanggil untuk satu pertemuan dengan pihak berkuasa, termasuk cawangan khas di bilik mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah pada jam 11 pagi semalam, tetapi dia gagal hadir, sebaliknya meminta perjumpaan itu dibuat di sebuah kedai makan.

Awalnya, Tok Ki dan individu dalam video berkenaan bersedia bertemu di pejabat agama, yang turut dihadiri timbalan kadi, ketua unit penguatkuasaan agama Islam daerah, pengerusi MPKK Kampung Bantal dan tiga anggota cawangan khas.

Bagaimanapun, sehingga jam 4.30 petang, Tok Ki gagal hadir, dan cawangan khas menasihatkan pihak berkuasa agama Islam supaya tidak bertemu lelaki terbabit di kedai makan di bandar Jerantut, atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, panel akidah Jabatan Agama Islam Pahang dikatakan bersetuju mengadakan perjumpaan dengan Tok Ki serta jemaah terbabit di kampung berkenaan, esok.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close