Berita UtamaUtama

Gempa 7.3 magnitud di Maluku

Penduduk panik walaupun tiada amaran tsunami dikeluarkan

JAKARTA, 11 Zulkaedah 1440H, Ahad – Gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud menggegarkan sebuah kawasan kepulauan terpencil Maluku, di timur Indonesia hari ini.

Gempa yang berlaku pada 6.28 petang waktu tempatan itu berpusat 10 kilometer, 165 km selatan Ternate wilayah di Utara Maluku, menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Walaupun tiada amaran tsunami dikeluarkan, gegaran itu bagaimanapun menimbulkan panik dalam kalangan penduduk di kawasan sekitar.

“Gempa bumi itu cukup kuat, menyebabkan penduduk panik dan keluar daripada premis serta kediaman masing-masing,” kata pegawai pengurusan bencana tempatan.

Katanya, setakat ini pihaknya mengesahkan tiada sebarang laporan kematian, kerosakan dan kecederaan dilaporkan.

Wilayah berkenaan turut dilanda gempa berukuran 6.9 magnitud minggu lalu, namun tiada kerosakan besar dilaporkan.

Tahun lalu, negara itu dilanda bencana paling buruk apabila gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud menggegarkan Palu di kepulauan Sulawesi sehingga menyebabkan tsunami yang meragut 2,200 nyawa.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close