Berita UtamaDuniaPalestinUtama

VIDEO | Zionis tembak budak

34 warga Palestin cedera ketika demonstrasi di Semenanjung Gaza

PALESTIN, 10 Zulkaedah 1440H, Sabtu – Seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun cedera parah ditembak askar rejim pengganas Israel, ketika tunjuk perasaan di wilayah diduduki di Kafr Qaddum, Tebing Barat.

Abdul-Rahman Yasser Shtewi dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas ditembak menggunakan peluru hidup, lapor agensi berita Palestin, WAFA, semalam.

Kanak-kanak Palestin
Abdul-Rahman Yasser Shtewi, 10 tahun, parah ditembak di kepala oleh askar rejim pengganas Israel di Tebing Barat, semalam.

Sejak beberapa tahun lalu, warga Palestin di Kafr Qaddum, bandar di utara Tebing Barat, mengadakan tunjuk perasaan setiap Jumaat sebagai bantahan kerana rejim Zionis menutut jalan utama ke penempatan mereka.

AFP pula melaporkan askar rejim Israel menggunakan taktik ganas untuk menyuraikan kira-kira 60 penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan semalam.


Sementara itu, sekurang-kurangnya 34 warga Palestin cedera akibat tembakan askar rejim Zionis ketika mengadakan tunjuk perasaan di pagar keselamatan Semenanjung Gaza-Israel, semalam.

Sejak Mac tahun lalu, penduduk Palestn berkumpul di sepanjang pagar keselamatan itu menuntut kepungan dan sekatan ke atas Semenanjung Gaza ditamatkan, selain mendesak mereka dibenarkan pulang ke wilayah yang diduduki secara haram oleh Israel.

Rejim pengganas Israel kerap dikritik kerana bertindak balas secara kasar ke atas penunjuk perasaan, dengan doktor menuduh askar Zionis melaksanakan tindakan untuk memberi kecederaan kekal kepada rakyat Palestin.

Tahun lalu, rejim pengganas Zionis membunuh 290 rakyat Palestin, termasuk 55 kanak-kanak, di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close