Berita UtamaUtama

VIDEO RAGUT | Polis minta wanita tampil buat laporan kejadian

Suspek ragut rantai leher mangsa sedang melintas jalan depan Sogo

BANGI, 10 Zulkaedah 1440H, Sabtu – Polis meminta wanita yang menjadi mangsa ragut di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Khamis minggu lalu, untuk tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, kejadian ragut kira-kira jam 1 tengah hari itu dirakam seorang lelaki yang ketika itu sedang membuat rakaman video-log (Vlog) berhampiran lokasi kejadian.

“Dalam kejadian itu, suspek yang menunggang motosikal meragut rantai leher dipakai mangsa yang ketika itu sedang melintas jalan dari arah Sogo ke arah Kompleks Pertama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perakam vlog berkenaan kemudian bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Mohd Fahmi berkata, mangsa masih belum tampil untuk membuat laporan polis.

“Polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang kebetulan terakam kejadian ragut itu pada jam 1 petang di Kompleks Sogo,” katanya.

Pada masa sama, polis turut meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengelakkan daripada menjadi mangsa ragut.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close