Berita UtamaDuniaIstimewaPalestinUtama

Perang baharu Palestin-Israel semakin hampir: Jerusalem Post

Rejim pengganas pertingkat simpanan senjata, peluru 4 kali ganda

PALESTIN, 10 Zulkaedah 1440H, Sabtu – Perang baharu antara pejuang bersenjata Palestin dengan rejim pengganas Israel ‘semakin hampir’, dan ‘akan menjadi lebih dahsyat dan merosakkan daripada sebelumnya, lapor Jerusalem Post.

Menurut analisis, pegawai tentera rejim Israel ‘berulang kali mengatakan bahawa sebarang perang dengan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas)… mesti menjadi suatu kemenangan yang jelas kepada tentera Israel, dan pihak di sebelah sana perlu berfikir dua kali sebelum terbabit dalam perang pada masa depan’.

Ketua Staf Tentera Israel, Lt Jeneral Aviv Kochavi dipetik sebagai berkata, ‘pelan operasi tempur telah diluluskan dan unit pentadbiran dibentuk bagi menangani senarai sasaran berpotensi di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Gaza apabila peperangan tercetus’.

“Peluru dan senjata telah ditambah empat kali ganda daripada simpanan ketika perang sebelum ini, sementara perisikan tentera mempunyai ratusan individu yang menjadi sasaran,” lapor akhbar itu.

Tentera rejim Israel juga dilaporkan tahu bahawa perang pada masa depan akan berlaku secara ‘serangan darat besar-besaran’ dan ribuan tentera akan memasuki Semenanjung Gaza, menggunakan kereta kebal, kenderaan bersenjata, serangan udara dan kapal laut’.

Rejim pengganas Israel juga dilaporkan sudah siap membina sekatan bawah tanah sepanjang 65 kilometer bagi menghalang pejuang Hamas dan Islamik Jihad menyeberangi wilayahnya menerusi terowong. Rejim itu juga sudah menyediakan sekatan laut untuk menghalang sebarang serangan.

Sejak berakhirnya perang 2014, rejim Zionis dikatakan memusnahkan 18 terowong yang melintasi sempadan Semenanjung Gaza dan wilayah yang diduduki secara haram oleh Israel. Bagaimanapun, perisikan rejim itu percaya masih banyak terowong yang dibina pejuang Hamas.

Mengakui bahawa ‘Gaza telah dimusnahkan sejak 10 tahun lalu’, termasuk menerusi tiga serangan besar-besaran ke atas wilayah terkepung itu, analisis menyatakan bahawa ‘Hamas kini terdesak untuk menamatkan sekatan 12 tahun Israel.

Bagaimanapun, laporan itu menegaskan bahawa tentera rejim Israel perlu memenangi perang pada masa depan itu secara singkat, bagi membolehkan keamanan berpanjangan di wilayah yang didudukinya.

Dalam perang terakhir pada 2014 lalu, 68 askar rejim Zionis dan enam orang awam Israel maut, sementara 2,500 warga Palestin, dengan sebahagiannya dikatakan pejuang, terbunuh.

Penganalisis berpendapat jumlah kematian kedua-dua pihak, jika perang baharu tercetus, akan meningkat. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close