AfrikaBerita UtamaDuniaUtama

26 maut serangan kumpulan pengganas di hotel Somalia

Al-Shabaab mahu jatuhkan kerajaan Somalia yang disokong PBB

MOGADISHU, 10 Zulkaedah 1440H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam serangan bom di sebuah hotel di Somalia, hari ini.

Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan merempuh luar bangunan hotel dengan sebuah kereta yang berisi bahan letupan, sebelum tiga lelaki bersenjata menyerbu masuk.

Antara yang terbunuh dalam serangan itu adalah ahli politik, tiga warga Kenya, satu warga Britain, dua warga Amerika dan tiga warga Tanzania serta wartawan Kanada-Somalia yang terkenal, Hodan Nalayeh serta suaminya, Farid Jama Suleiman.

Sementara itu, 56 orang, termasuk dua warga China, turut cedera dalam serangan yang berlaku di Hotel Asasey di bandar pelabuhan selatan Kismayo.

BBC melaporkan, ahli politik tempatan dan ketua puak berada di dalam hotel bagi membincangkan pilihan raya serantau yang akan datang apabila serangan itu berlaku.

Saksi-saksi berkata, mereka mendengar letupan kuat sebelum beberapa lelaki bersenjata berat masuk ke dalam hotel.

Kumpulan pengganas, al-Shabaab, yang dikaitkan dengan al-Qaeda, mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

Al Shabaab, yang cuba menjatuhkan kerajaan Somalia yang disokong PBB, sering menggunakan bom kereta untuk melaksanakan serangan besar-besaran. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close