Berita UtamaUtama

RON97 naik 4 sen

Harga RON95, diesel tidak berubah

BANGI, 9 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Harga runcit RON97 naik sebanyak empat sen kepada RM2.57 seliter mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 19 Julai depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-­masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh sama.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya adalah sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.29 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan bagi menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Kewangan berkata, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh seminggu itu adalah sebanyak RM114.06 juta.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close