Pendapat

Penafian kecil pada poster Heineken 0.0

SAYA baru perasan yang pihak Heineken ada memaparkan penerangan “Heineken 0.0 is retricted to non-Muslim aged 21 years old and above only” di posternya.

2. Oleh itu, jelaslah pada kita bahawa produk ini memang haram Lizatihi, sekalipun kita tidak dapat akses maklumat proses pembuatannya.

3. Maklumat proses pembuatan amat penting untuk menentukan suatu itu Haram Lizatihi. Ketika saya menulis artikel berkaitan ini sebelum ini, saya menghujah dalam konteks Haram Lighairihi kerana tidak mempunyai maklumat yang cukup berkenaan proses pembuatannya.

4. Hal ini kerana, fatwa yang dikeluarkan Muzarakah Fatwa itu mensyaratkan alkohol itu disuling, atau proses pembuatannya menyerupai proses membuat arak. Siapa yang boleh tahu Heineken suling, atau Heineken menghasilkannya melalui proses membuat arak?

5. Apabila saya dapat sedikit maklumat mengenai proses pembuatannya, saya terus menambah Nota Tambahan Point 5 pada tulisan saya. Bagaimanapun, bagi saya ia masih belum cukup untuk mengatakan ia Haram Lizatihi.

6. Hanya selepas saya perasan penafian kecil inilah, baru saya yakin ia Haram Lizatihi. Justeru, bagi saya, isu normalisasi bukanlah isu besar. Isu yang lebih besar adalah kenapa tulisan penafian itu terlalu kecil, hingga ramai tak perasan.

7. Mengambil contoh praktis Peraturan Penandaan Babi dan Anjing 2013, semua barangan yang diperbuat daripada anjing atau babi mesti ditanda dengan ungkapan “DIPERBUAT DARIPADA ANJING/BABI” dalam bahasa kebangsaan, dengan saiz 10mm. Saya berpandangan arak juga perlu segera dimasukkan dalam peraturan ini.

8. Wakil Heineken Malaysia baru saja menghubungi saya. Saya tanya mengapa disclaimer itu terlalu kecil? Mereka menjawab, “Asalnya ia agak besar di akhbar, kemudian menjadi kecil apabila gambarnya disebar melalui media sosial. Pihak kami akan menambah baik keadaan ini dengan memperbesar saiz tulisan disclaimer seperti ini di masa akan datang, supaya ia tidak lagi mengelirukan muslim”.

9. Akhir sekali, buat mereka yang sedang bincangkan adakah Heineken 0.0 itu arak padahal ia tak memabukkan, saya ingin kongsikan dua idea saya:

a) Definisi khamr adalah suatu yang memabukkan akal manusia yang paling lemah dalam masyarakat jika dikonsumsi pada kadar normal (Bilal, 2019).

b) Suatu bahan yang tidak memabukkan, tetap dikira haram jika diproses dari bahan yang memabukkan. Saya kira Heineken 0.0 haram kerana diproses daripada suatu bahan yang memabukkan.

Sekian.

Ustaz Bilal Jailani
Majlis Ulama Isma (MUIS)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Artikel ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close