Berita UtamaUtama

Firdaus Wong saman fitnah Siti Kasim RM2 juta

Presiden MRM kata seorang lagi berprofil tinggi disaman minggu depan

BANGI, 9 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim hari ini.

Menerusi laman sosial Facebook peribadinya, Firdaus memaklumkan, saman fitnah ke atas Siti Kasim dibuat kerana aktivis sosial itu telah memfitnahnya dalam laman media sosial sama sebelum ini.

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian… ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. Insya-Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

“Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang. Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang.

“Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” katanya.

Sebelum ini, Firdaus membuat laporan polis terhadap dua individu berhubung fitnah dan ugutan diterima ke atasnya termasuk bunuh melalui laman sosial Facebook.

Laporan berkenaan dibuat beliau susulan fitnah oleh seorang individu sekali gus mendorong seorang individu lain membuat komen ugutan bunuh.

Firdaus mendakwa, kejadian itu disedarinya apabila seorang pemilik akaun bernama Arunakiri Nathan berkongsi status FB beliau.

Susulan itu katanya, seorang pemilik akaun bernama Pandian Sam kemudian meninggalkan komen menggugut bunuh.

“Tuduhan dan fitnah berterusan daripada seorang pemilik akaun, Arunakiri Nathan menyebabkan ramai individu membenci dan mengugut saya.

“Hasutan yang berterusan menghasut penganut Hindu membenci saya serta melaga-laga di antara penganut agama Hindu dan Islam,” kata Firdaus.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close