AfrikaBerita UtamaDuniaUtama

Cubaan rampasan kuasa Sudan gagal, 19 tentera ditangkap

Majlis Peralihan Tentera buru saki baki perancang rampasan kuasa

SUDAN, 9 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Majlis Peralihan Tentera (TMC), mematahkan cubaan beberapa pegawai kanan tentera untuk merampas kuasa, umum pemimpin TMC, Jeneral Jamal Omar kepada stesen televisyen tempatan, hari ini.

“Pegawai dan anggota tentera darat, serta Perkhidmatan Keselamatan dan Perisikan Kebangsaan (NISS), sesetengah daripada mereka adalah pesara, cuba melakukan rampasan kuasa.

“Pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan itu dengan penangkapan 16 pegawai kanan dan tiga anggota pangkat biasa,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung dari Khartoum.

Cubaan rampasan kuasa yang gagal itu adalah susulan daripada persetujuan dicapai antara TMC dan pemimpin penunjuk perasaan, untuk berkongsi kuasa, selepas Presiden Omar Al-Bashir digulingkan.

Jamal berkata, pasukan keselamatan kini masih memburu beberapa lagi pegawai tentera yang mengambil bahagian dalam merancang rampasan kuasa itu.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan setakat ini.

Sebelum ini, TMC dan kumpulan pro demokrasi bersetuju untuk berkongsi kuasa, sebelum pilihan raya umum diadakan.

“Ini adalah cubaan untuk menghalang pelaksanaan perjanjian antara TMC dan pergerakan pro demokrasi untuk membolehkan rakyat Sudan memperoleh apa yang mereka tuntut,” katanya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close