Berita UtamaUtama

Ringgit ditutup tinggi RM4.11

Dolar AS merosot kerana kadar faedah turun, naikkan mata wang lain

KUALA LUMPUR, 8 Zulkaedah 1440H, Khamis – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), berikutan belian yang berterusan menyokong unit tempatan sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia sedang pesat membangun, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1140/1170 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400 semasa ditutup semalam.

Beliau berkata, mata wang AS itu terus merosot untuk hari dagangan kedua berturut-turut, berikutan isyarat terkini oleh Rizab Persekutuan AS untuk mengurangkan kadar faedah pada Julai, meningkatkan mata wang lain di rantau ini termasuk ringgit.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding pound kepada 5.1565/1619 daripada 5.1646/1700 pada Rabu, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0339/0373 daripada 3.0392/0426 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6348/6390 daripada 4.6425/6476.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.8029/8060 daripada 3.7985/7017 sebelum ini. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close