Berita UtamaUtama

Pengguna Grab bakal tunggu tempahan lebih lama

Kenaikan tambang secara dinamik pada musim hujan, waktu puncak

BANGI, 8 Zulkaedah 1440H, Khamis – Ekoran penguatkuasaan peraturan baharu untuk industri e-panggilan, pengguna Grab berkemungkinan bakal berdepan masa menunggu tempahan yang lebih lama berbanding sebelumnya mulai esok.

Syarikat itu dalam laman webnya memaklumkan, semua pemandu Grab akan melalui proses pemeriksaan yang ketat untuk mendapat lesen PSV (Kenderaan Perkhidmatan Awam).

Justeru, ia bakal menyebabkan jumlah pemandu e-panggilan berkurangan.

“Dengan bilangan pemandu yang mungkin berkurangan, kami jangkakan ia mungkin akan memberi kesan kepada tempahan perjalanan anda. Kerana itu, kami cadangkan anda merancang perjalanan menggunakan tips mudah seperti merancang perjalanan dan menempah lebih awal daripada biasa.

“Selain itu, tempah perjalanan di luar waktu puncak: Adalah lebih mudah untuk mendapat pemandu di luar waktu puncak (waktu puncak adalah antara 7-9 pagi dan 5-8 malam),” katanya.

Pada masa sama, Grab turut memaklumkan bahawa pengguna bakal berdepan dengan kenaikan tambang secara dinamik khususnya ketika waktu puncak dan hujan.

“Kami peka dan memahami kesukaran pengguna apabila berdepan dengan tambang tinggi tetapi hal itu berlaku disebabkan kekurangan pemandu di jalan raya,” katanya.

Mengulas mengenai punca pemandu tidak memperoleh lesen e-hailing lebih awal, Grab menjelaskan proses itu hanya bermula April lalu walaupun perancangan diumumkan tahun lalu.

“Walaupun perancangan untuk melaksanakan e-hailing telah diumumkan pada Julai 2018, proses sebenar bermula secara rasmi pada April 2019.

“Dalam memenuhi pelaksanaan peraturan pada 12 Julai 2019, kami telah bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, JPJ, APAD dan Puspakom bagi menjadikan proses lebih lancar dan membolehkan pemandu mendapatkan lesen dengan lebih cepat,” katanya.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close