Berita UtamaKolumnisProf. Madya Dr. Rafidah HanimUncategorized

Pelantikan Rania Zara kelirukan mesej KKM untuk masyarakat

Wakil CCM terdahulu tak jadi isu sebab kurang promosi gaya hidup

KITA maklum bahawa program Malaysia telah lama menerima dana global (The Global Fund) dalam memerangi penagih dadah secara suntikan (People Who Inject Drugs – PWID). Saya difahamkan dari tahun 2009 hingga 2013 dana ini membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menurunkan jangkitan HIV dari kalangan PWID untuk mengurangkan mudarat (harm reduction).

Namun apabila transmisi seksual mengatasi PWID dalam peratusan mereka yang dijangkiti HIV, kita memahami peri penting menangani masalah ini.

Tahun lepas dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan di Parlimen, 57 peratus dari kes HIV baru adalah mereka dari golongan homoseksual/biseksual, berbanding 37 peratus dari golongan heteroseksual.

Walaupun begitu, dalam kaedah menangani masalah jangkitan HIV yang serius, KKM perlu mempertimbangkan kaedah menggunakan wakil dengan sebaik-baiknya.

Pemilihan transgender seperti Zara Medina boleh dipersoalkan dari sudut keberkesanannya, dan dari sudut Perlembagaan kita yang meletakkan Islam sebagai garis panduan.

Wakil CCM yang akan bekerjasama dengan KKM tersebut merupakan aktivis Justice For Sisters, NGO yang kuat melobi penerimaan transgender dalam masyarakat, menyeru supaya hukuman syariah dihapuskan, menyeru KKM mengembalikan pembedahan menukar jantina dan antara 41 NGO yang menyokong Numan Afifi yang melabel mukhayyam sebagai satu bentuk keganasan.

Wakil-wakil CCM terdahulu tidak menjadi isu kerana mereka kurang mempromosi gaya hidup mereka dan bekerja membantu KKM dengan baik. Masyarakat berasa kurang senang kerana wakil yang terbaru ini adalah bersandarkan populariti beliau sebagai Ikon Transwomen (TW) yang mengiktiraf secara formal, transgender sedangkan negara mempunyai undang- undang tentang perkara tersebut.

Kita merasakan pelantikan ini mengelirukan mesej yang dibawa untuk masyarakat.

KKM sewajarnya juga merujuk kepada pemegang taruh yang lain. JAKIM harus lebih berperanan bagi memastikan mesej untuk menangani HIV/AIDS tidak dalam masa yang sama, dibaca oleh masyarakat kita, sebagai menggalakkan isu tasyaabbuh (silang jantina).

Presiden WAFIQ
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close