Berita UtamaDunia

Israel halau keluarga Palestin, serah kediaman kepada Yahudi

'Tindakan rejim pengganas seperti keluarkan jantung secara paksa'

BAITULMAQDIS, 8 Zulkaedah 1440H, Khamis – “Begitu biadab dan angkuh rejim pengganas Israel menghalau kami keluar dari kediaman sendiri, seolah-olah seperti tanah mereka.

“Tindakan rejim ini seperti mengeluarkan jantung daripada tubuh saya,” luah Ali Siyam, penduduk Palestin di Timur Baitulmaqdis.

Beliau bersama ibu dan tiga adiknya diusir dari rumah mereka, termasuk keluarga Palestin lain yang menetap di pangsapuri Siyam di Silwan, berhampiran Kota Lama.

Rejim Zionis menghalau penghuni pangsapuri itu dan mereka terpaksa menumpang di rumah saudara-mara buat sementara waktu.

Keluarga siyam dihalau atas alasan, pangsapuri itu akan diserahkan kepada pendatang Yahudi, selepas menang perbicaraan di mahkamah yang berlanjutan lebih dua dekad.

Mahkamah di Israel mendapati Yayasan Elad yang berusaha keras untuk menambah kehadiran Yahudi di Baitulmaqdis, secara sah telah membeli sebahagian hartanah itu.

Sejak tahun 1990-an, keluarga Siyam sudah berjaya mendapat hak pemilikan di mahkamah Israel, namun kumpulan peneroka Yahudi merayu dengan mengemukakan dokumen lain kepada hakim bagi membuktikan pemilikan harta itu.

Bulan lalu, Mahkamah Daerah di Baitulmaqdis memutuskan untuk memihak kepada Yayasan Elad, sebuah organisasi yang mempunyai aset lebih AS$84 juta.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close