Dunia

Qatar jadi pengantara perjanjian kemanusiaan Israel-Hamas

Bantuan ke Gaza sebagai pertukaran penghantaran ubat untuk tebusan

DOHA, 5 Rejab 1445H, Rabu – Qatar mengumumkan berjaya menjadi pengantara perjanjian antara Israel dan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada orang awam di Gaza.

Perjanjian itu sebagai pertukaran untuk penghantaran ubat kepada tebusan Israel yang berada di bawah pejuang Hamas.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majid bin Mohammed Al Ansari berkata, perjanjian itu adalah usaha bersama antara Qatar dan Perancis.

Bantuan kemanusiaan itu dijadualkan dihantar pada Rabu ke bandar El Arish, Mesir menggunakan dua pesawat Angkatan Tentera Qatar sebelum tiba di Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, Jordan mengkritik tindakan Israel menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, sehingga menyebabkan lebih dua juta penduduk mendapat hanya 10 peratus keperluan.

Sekatan rejim itu dibuat kerana Israel kononnya bimbang jika bantuan itu sampai kepada Hamas dan membantu operasi ketenteraan pasukan pejuang di wilayah berkenaan.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button