Berita UtamaKolumnisUstaz Mohd Hazizi Abdul Rahman

Anwar Ibrahim hipokrit?

Jangka hayat politik PH hanya bergantung pada cakap tak serupa bikin

KENYATAAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membincangkan hukuman yang dikenakan ke atas Wan Ji Wan Hussin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan Perdana Menteri menimbulkan persoalan adakah beliau seorang yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin.

Ini kerana, ketika menjadi pembangkang, beliau sentiasa melaungkan “rule of law” dan konsep pengasingan kuasa yang membebaskan hakim daripada sebarang pengaruh kuasa eksekutif.

Sebagai contoh, beliau pernah berucap pada 14 September 2009, di Hotel De Palma seperti berikut:

“So among the paramount characteristics of the rule of law concerns the judiciary. In this regard, judges must exercise their powers in accordance with the rule of law and not the rule of men.

Translated into the real world, this means the judiciary must not be accountable to the Prime Minister. If the rule of law is to mean anything, one of the essential prerequisites is that the judiciary must be independent.”

Ucapan beliau ini boleh dibaca di laman web Malaysian Bar di bawah tajuk The rule of law and judicial independence, or lack thereof.

Portal berita The Star pada 16 Mei 2018 juga pernah melaporkan kenyataan beliau seperti berikut:

“In this new era, he reminded Malaysians to uphold “respect for all Malaysians” – a reference to addressing racism embedded in the country’s laws – “independence of the judiciary, rule of law, free media and proper separation of powers”.

Bagaimanapun, jika benar kenyataan Datuk Seri Anwar itu menggambarkan perangai hipokrit, ia bukanlah satu perkara pelik dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Ini kerana, selepas setahun memerintah, kelihatan sepak terajang dan jangka hayat politik mereka memang bergantung pada sifat hipokrit, cakap tak serupa bikin, menipu, mungkir janji, fitnah dan tidak lupa juga unsur kelucahan.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Naib Presiden Berjasa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close