Berita UtamaDuniaUtama

15 maut, 71 cedera nahas dua kereta api di Pakistan

Infrastruktur teruk di Islamabad punca kerap berlaku kemalangan

ISLAMABAD, 8 Zulkaedah 1440H, Khamis – Sekurang-kurangnya 15 maut, manakala 71 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta api berhampiran bandar Rahim Yar-Khan, Pakistan, hari ini.

Insiden itu dilaporkan berlaku di stesen keretapi Walhar, yang terletak kira-kira 35km di selatan Rahim Yar Khan.

“The Akbar Express [kereta api penumpang] bertolak dari Bahawalpur ke Quetta lalu merempuh kereta api pengangkut yang diparkirkan di landasan pada jam 7.40 pagi,” kata seorang pegawai polis tempatan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sementara itu, pegawai polis kanan, Umar Salamat memberitahu media tempatan perlanggaran itu berlaku kerana kereta api penumpang dialihkan ke landasan yang salah, menyebabkan ia merempuh kereta api pengangkut yang berada dalam parkir.

Pegawai hospital berkata, mereka yang cedera telah dibawa ke hospital kerajaan berhampiran dan fasiliti yang lebih maju di Rahim Yar Khan.

Perdana Menteri, Imran Khan menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan mengarahkan 1 inkuiri dilakukan berhubung insiden itu.

Nahas kereta api dan jalan raya adalah perkara biasa di Pakistan kerana infrastruktur yang teruk dan ketiadaan piawaian keselamatan. — Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close