Berita UtamaIstimewaUtama

‘Kata tidak iktiraf LGBT tapi boleh pula lantik transgender’

Menteri patut lantik individu 'sihat' otak, bukan yang ada masalah identiti

BANGI, 7 Zulkaedah 1440H, Rabu – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia membantah sekeras-kerasnya pelantikan ikon Transwomen Malaysia, Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanisme (CCM) Malaysia, kerana kecelaruan identiti yang dibawa hanya akan memburukkan nama negara.

Ketua Wanita Isma, Ustazah Suriani Sudi berkata, pelantikan ini bertentangan dengan pendirian kerajaan, apabila sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah bertegas bahawa amalan seperti lesbian, gay, bisexual, transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

“Ini bermakna, menteri telah melantik golongan songsang, yang seolah-olah mengiktiraf golongan LGBT. Adakah Kementerian Kesihatan mengiktiraf transgender?

“Tidakkah menteri kita sedar pengiktirafan sebegini akan lebih merosakkan dan mencelarukan masyarakat kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Rania – seorang lelaki berpenampilan wanita – akan mewakili Malaysia sebagai ahli CCM mendapatkan dana daripada Globalfund yang juga sebuah badan kewangan antarabangsa yang komited dalam melaburkan dana untuk menghentikan epidemik HIV, AIDS, Tuberkulosis dan Malaria.

Dia dilantik menganggotai CCM melalui surat rasmi bertarikh 25 Jun lalu. Ia tersebar apabila lantikan itu dimuatnaik Rania ke akaun Facebook dengan menunjukkan surat itu ditandatangani sendiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, yang memanggil Rania sebagai ‘Puan’.

Semalam, Boon Chye dalam satu kenyataan mengesahkan pelantikan Rania dilakukan mengikut prosedur sedia ada.

Mengulas lanjut Ustazah Suriani berkata, sebelum ini Boon Chye pernah mengeluarkan kenyataan, walaupun golongan LGBT tidak boleh diklasifikasikan sebagai masalah kecelaruan mental (mental disorder), tetapi mereka menghidap suatu ‘penyakit organik dari segi hormon dan penyimpangan otak sehingga menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

“Maka adakah mereka yang mempunyai penyakit ‘penyimpangan otak’ ini diberikan kebenaran untuk berada di dalam Kementerian Kesihatan? Bukankah seharusnya melantik mereka yang ‘sihat’ otaknya?

“Bertambah pelik apabila Menteri Kesihatan juga dengarnya baru dimaklumkan berkaitan pelantikan berkenaan setelah pelantikan dibuat oleh Timbalannya. Beginikah cara kerja para menteri kita?” soalnya sinis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close