Berita Utama

Sindiket judi dalam banglo mewah empat tingkat

Polis tangkap 9 lelaki tempatan buat perjudian dalam talian

KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1440H, Selasa – Sembilan lelaki warga tempatan ​ditahan selepas polis menyerbu sebuah banglo mewah empat tingkat yang dijadikan pusat panggilan judi dalam talian di Kuchai Lama, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun yang dipercayai bekerja di premis itu ditahan oleh sepasukan polis dalam serbuan pada kira-kira pukul 3.55 petang semalam.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati premis itu disewa dalam kawasan perumahan mewah bagi mengelak aktiviti mereka dikesan polis.

“Premis itu didapati menjalankan perjudian dalam talian khas untuk pasaran rakyat China dan tempatan. Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan (d) Akta Pertaruhan 1953,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close