Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Gempa kuat goncang Maluku

Gegaran 7.1 magnitud cetus amaran tsunami tapi kemudian ditarik balik

INDONESIA, 5 Zulkaedah 1440H, Isnin – Gempa bumi berkekuatan 7.1 magnitud menggegarkan wilayah barat daya Ternate, Maluku Utara, kira-kira jam 11.08 waktu Indonesia Barat, malam tadi, sekali gus mencetuskan amaran tsunami.

Gempa berlaku pada kedudukan 135 kilometer ke barat daya Ternate (0.523°N 126.199°E) dengan kedalaman 36 kilometer.

Susulan itu, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia mengeluarkan amaran tsunami di Sulawesi Utara dan Maluku Utara. Bagaimanapun, setakat ini belum pasti keadaan di persekitaran kawasan gempa di Laut Maluku.

Mac lalu, gempa berukuran 6.3 magnitud menggegarkan Kepulauan Maluku, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. Pusat gempa dikesan di laut, 147 kilometer ke barat laut bandar Ternate pada kedalaman 76.5 kilometer.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berpendapat gempa bumi malam tadi boleh mendatangkan bencana kepada struktur bangunan.

Tahun lalu, gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud menggoncang Palu di Sulawesi menyebabkan kira-kira 2,200 penduduk terbunuh, sementara ribuan lagi diisytiharkan hilang. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close