Amerika SyarikatBerita UtamaDuniaUtama

California sekali lagi digegarkan gempa berukuran 7.1 magnitud

Goncangan terkuat sejak 1999 berlaku selepas gempa 6.4 magnitud

AMERIKA SYARIKAT, 3 Zulkaedah 1440H, Sabtu – Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud menggoncang California Selatan semalam, mencetuskan kebakaran, meretakkan lebuh raya, merosakkan bangunan, tetapi hanya menyebabkan sedikit sahaja kecederaan, walaupun gegarannya lapan kali ganda lebih kuat berbanding yang berlaku sehari sebelumnya.

Goncangan berlaku kira-kira jam 8.20 malam waktu tempatan (11.20 pagi tadi waktu Malaysia) berdekatan bandar Ridgecrest di selatan Taman Negara Death Valley, lebih kurang 202 kilometer ke timur laut Los Angeles, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu diikuti sekurang-kurangnya gegaran susulan dengan mangnitud 4 ke atas, kata USGS, sambil memberi amaran beberapa gempa bumi lagi bermagnitud 6 akan berlaku lagi.

Gempa terbaharu itu adalah yang paling kuat melanda California Selatan sejak 1999 di mana Gurun Mojave berhampiran pangkalan Marin AS digegarkan gempa berukuran 7.1 pada skala Ritcher, kata ahli seismologi Institut Teknologi California (CalTech), Lucy Jones.

“Ada kebakaran kebocoran gas, kecederaan dan bekalan elektrik terputus,” kata Datuk Bandar Ridgecrest, Peggy Breeden.

Gabenor California, Gavin Newsom meminta bantuan Persekutuan dan mengisytiharkan perkhidmatan kecemasan pada tahap tinggi.

Ridgecrest berdepan dengan kekerapan kebakaran, kebanyakannya berpunca daripada paip gas yang bocor. Ada laporan mengatakan bangunan runtuh di bandar kecil di Trona.

Siri gegaran selepas gempa menggoncang kawasan gurun di California Selatan sejak gempa berukuran 6.4 magnitud berlaku pagi Khamis lalu berdekatan Ridgecrest.

Kali terakhirCalifornia Selatan digegarkan ialah pada 1994 apabila gempa berukuran 6.7 magnitud berlaku di Northridge – kawasan padat penduduk di Los Angeles, menyebabkan 57 terbunuh dan kerugian mencecah berbilion-bilion dolar.

Gempa semalam turut dirasai di San Diego, San Francisco dan Reno di Nevada, serta Phoenix, kata USGS. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close