Amerika SyarikatBerita UtamaDuniaUtama

California digegar gempa bumi kuat, besar sejak dua dekad

Gegaran 6.4 magnitud dirasai di kawasan dihuni 20 juta penduduk

AMERIKA SYARIKAT, 2 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Selatan California digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.4 magnitud, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), sambil pihak berkuasa itu memberi amaran gempa terbesar sejak dua dekad lalu yang berlaku semalam, bukan yang terakhir.

Gempa bumi kuat itu berlaku berdekatan bandar Ridgecrest, kira-kira 175 kilometer di timur laut Los Angeles.

Pasukan kecemasan belum dapat mengesahkan sebarang kecederaan, kerosakan dan kematian, tetapi ahli seismologi USGC, Rob Graves berkata, gempa bumi itu kuat dan gegarannya boleh menyebabkan kerosakan besar.

Jabatan Bomba Kern County dalam Twitternya berkata, hampir 24 kejadian berkaitan perubatan dan kebakaran bangunan dilaporkan di Ridgecrest.

Jabatan Bomba San Bernardino County pula berkata, beberapa bangunan dan jalan raya mengalami pelbagai tahap kerosakan.

Datuk Bandar Ridgecrest, Peggy Breedon berkata, pihak berkuasa sedang berurusan dengan kebakaran dan kerosakan saluran gas, tanah runtuh, serta berdepan gegaran susulan.

Gempa bumi semalam adalah yang terkuat dan terbesar di selatan California sejak 1994 yang berukuran 6.6 magnitud di Northridge di kawasan padat penduduk di Los Angeles menyebabkan kerugian berbilion dolar Amerika.

USGC berkata, gempa bumi yang berlaku semalam adalah cetek iaitu hanya 8.7 kilometer daripada permukaan dan kebiasannya mendatangkan kesan lebih teruk.

Gegaran gempa itu turut dirasai di seluruh Los Angeles sehingga ke Fresno dan timur Las Vegas di Nevada. Ia juga dirasai di selatan sempadan dengan Mexico, di mana bangunan terpaksa dikosongkan di Tijuana dan Mexicali.

Agensi Gempa Eropah (EMSC) pula berkata, gempa dirasai di kawasan dihuni kira-kira 20 juta penduduk. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close