Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Hamas kutuk usaha Zionis bina terowong di bawah Masjidil Aqsa

Penyertaan diplomat AS dalam projek menggali terowong baharu dengan alasan arkeologi bukti Washington iktiraf kedaulatan rejim Israel

GAZA, 29 Syawal 1440H, Rabu – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk langkah rejim Zionis Yahudi untuk membina terowong baharu yang melalui masjid suci ketiga umat Islam – Masjidil Aqsa.

Pada masa sama pergerakan berkenaan turut mengecam pembabitan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf rancangan jahat itu, apabila menghantar diplomatnya yang turut mengambil bahagian mengetuk dinding pembinaan terowong terbabit, Ahad lalu.

Jurucakap Hamas berkata, penyertaan AS dalam rancangan menggali terowong di bawah perkampungan Palestin di Silwan, Baitulmaqdis yang diduduki, adalah tingkah laku agresif yang melanggar semua norma diplomatik dan meletakkan undang-undang antarabangsa dalam risiko.

“Perbuatan jenayah itu mencerminkan kedudukan AS, yang benar-benar menyokong pendudukan rejim Israel ke atas wilayah Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, Duta Amerika Syarikat (AS) ke Israel, David Friedman, dan utusan khas Presiden Donald Trump ke Timur Tengah, Jason Greenblatt, menyertai pelancaran pembinaan terowong baharu di bawah perkampungan Palestin di Baitulmaqdis Timur.

Projek atas nama arkeologi itu dilaksanakan di atas perkampungan Silwan, dianjurkan pertubuhan pendatang haram Yahudi, Elad.

Kehadiran diplomat kanan AS pada pelancaran projek itu, termasuk mengambil bahagian dalam memecahkan dinding terowong berkenaan, dilihat sebagai langkah terbaharu pentadbiran Trump dalam mengiktiraf kedaulatan rejim Zionis ke atas Baitulmaqdis Timur.

Malah, Friedman sebelum turut serta memecahkan dinding terowong itu mendakwa:

“Ia sah dengan bukti, sains, dan kajian arkeologi yang mana ramai di antara kita sudah tahu bahawa, pusat Baitulmaqdis untuk bangsa Yahudi.”

Rejim pengganas Israel telah lama berusaha mengorek terowong di kawasan itu kerana mendakwa kompleks yang menempatkan Masjid Al-Aqsa didirikan di atas kuil besar mereka – Kuil Sulaiman.

Jurucakap itu berkata, penyertaan diplomat AS diketuai Friedman dalam usaha menyahudikan wilayah Palestin, terutama kompleks Masjidil Aqsa, adalah contoh berbahaya yang mengancam kedudukan Palestin, Arab, dan Islam.

Baitulmaqdis, sejarah dan identitinya tidak boleh diputar belit dengan perjanjian atau pengiktirafan. Kami memuji penduduk Palestin di kampung berkenaan kerana menentang pendudukan Israel,” katanya.

Hamas juga menekankan bahawa konflik yang penuh dengan pendudukan Israel di Tebing Barat adalah masalah masa, tatkala punca untuk tercetusnya konfrontasi lebih besar terus meningkat setiap hari.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close