Komuniti

200 sertai Majlis Sambutan Aidilfitri Australia 2019

Majlis Sambutan Aidilfitri Australia (SAFIA) 2019 yang telah diadakan di Guyyat Park, St Lucia hujung minggu lepas disambut meriah dengan kehadiran hampir 200 orang pelajar dan keluarga di sekitar Brisbane.

Program SAFIA yang sebelum ini diadakan dalam skala kecil merupakan majlis tahunan Isma Queensland yang diadakan hampir setiap tahun untuk memberikan para pelajar Malaysia di Brisbane merasa keseronokan menyambut aidilfitri di perantauan walaupun berada jauh dari keluarga tercinta.

Hasrat Isma Australia cawangan Queensland untuk mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat dalam satu keraian telah mampu dilaksanakan dengan jayanya hasil anjuran dan kerjasama pelbagai badan organisasi pelajar di Queensland termasuk MASCA, UQMSA, QUTMYSA, HAKIM, BPB dan PPMQ.

Majlis SAFIA ini diadakan untuk meraikan sambutan hari raya, memberi peluang kepada komuniti untuk bertemu mesra serta mengeratkan silaturrrahim sesama warga Malaysia di samping menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan.

Kehadiran orang ramai dengan baju yang berwarna-warni dan ceria amat memeriahkan suasana.

Ketua Jawatankuasa ISMA QLd dalam ucapannya berkata, beliau berbangga dengan hasil usaha sama setiap organisasi yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis berkenaan dan ianya dilihat sebagai satu usaha yang membuktikan semua organisi mampu berkerjasama dalam mencapai satu objektif yang sama. “Aktiviti ini berjaya kerana sokongan anda,” katanya.

Majlis ini juga diserikan dengan pelbagai aneka juadah yang dibawa oleh orang ramai. Turut memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang majlis termasuk pertandingan menganyam ketupat, pertandingan pakaian terbaik kategori lelaki dan perempuan, serta pelbagai permainan menarik yang disediakan di sekitar lokasi majlis seperti catur, dam, jumping castle dan Jenga. Besar harapan Isma Australia agar majlis sambutan Aidilfitri seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Biro Penerangan
Isma Queensland

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close