Berita UtamaPalestinTimur TengahUtama

Rejim Zionis tahan pelajar Palestin tanpa sebab

Bekas ketua pelajar Universiti Birzeit antara yang ditahan

RAMALLAH, 28 Syawal 1440H, Selasa – Rejim pengganas Israel bertindak biadab menahan tujuh pelajar Palestin dari Universiti Birzeit di Tebing Barat, tanpa alasan munasabah.

Bekas ketua pelajar universiti berkenaan, Usama Fakhouri antara yang ditahan pagi tadi.

Media antarabangsa melaporkan, rejim Zionis menyerbu rumah-rumah pelajar berhampiran universiti di kem pelarian Jazalone yang terletak di Tebing Barat yang diduduki serta di kampung Beitunia dan Jifna, tidak jauh dari Ramallah.

Pengurus Universiti Birzeit berkata, tiada sebarang alasan penahanan dilaporkan dan seperti biasa mereka sengaja menangkap untuk tujuan penindasan.

“Ini bukan keganasan kali pertama, mereka selalu menyerang universiti yang dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Kita yakin mereka tidak akan berhenti mengganggu pelajar, kakitangan universiti dan institusi pendidikan Palestin.” katanya.

Awal tahun ini, rejim pengganas turut bertindak memecah masuk ke universiti dan menculik tiga pelajar.

Terdahulu, tentera Zionis yang menyamar sebagai wartawan menyerang dan menculik ketua pelajar universiti berkenaan yang ketika itu dipimpin oleh Pengarah Masjid Al-Aqsa, Omar Kiswani.

Omar sebelum ini juga dipenjarakan selama setahun dengan alasan kononnya bekerjasama dengan para pejuang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas). – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close