Berita UtamaDr Ridhuan Tee AbdullahIstimewaKolumnisUtama

Hak asasi atuk kau ultra kiasu!

Kenapa ultra kiasu bodoh sangat dalam memahami hidup bernegara?

PUAK-PUAK ultra kiasu sama ada dalam MCA, DAP dan sewaktu dengannya, seperti cacing kepanasan apabila isu sekolah vernacular dibangkitkan dalam muktamar PAS, yang mahukania dihapuskan, dengan hanya mewujudkan sekolah satu aliran.

Saya tidak nampak langsung ia menghasut atau bertentangan dengan Perlembagaan Negara seperti yang dilaporkan dalam laman web mereka. Saya, mendiang Prof Khoo Kay Kim dan Prof Teo Kok Seong, sudah memperkatakan perkara ini sekian lama. Silalah buat laporan polis.

Buatlah beratus laporan polis pun, kita tidak perlu takut dan gelabah.

Seperti kata Prof Shad Faruqi, Perlembagaan hanya membenarkan orang Cina/India belajar bahasa ibunda, bukan belajar dalam bahasa ibunda. Interpretasi ini amat jelas.

Mendiang Kay Kim, menegaskan perkara yang sama seperti saya nukilkan sebelum ini. Katanya, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.

Justeru, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri.

Bagaimanapun, apabila pendatang mahu menetap di sini, sistem vernacular tidak boleh diteruskan sekarang, kerana mereka sudah menjadi warganegara Malaysia. Pendatang ini perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka.

Mereka yang bodoh sahaja yang mengatakan apa yang disarankan oleh Muslimat Pas itu sebagai menghasut dan bertentangan dengan Perlembagaan.

Sama juga kenyataan Setiausaha Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM), Ivy Josiah yang disokong Siti Kasim, yang mengutuk tindakan UKM yang menghantar 100 pendakwah untuk menyampaikan syiar Islam kepada orang asli sebagai bercanggah dengan hak asasi.

Hak asasi atuk kau! Antara hak, dan tidak berhak pun tidak boleh dibezakan. Pejuang hak asasi apa benda?

Perlembagaan membenarkan orang Islam menyampaikan Islam kepada agama lain. Lagipun, Islam adalah agama Persekutuan [rujuk Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan]. Orang bukan Islam wajib tahu, supaya mereka tidak menjadi kurang ajar dalam negara majoriti Islam seperti yang mereka lakukan hari ini.

Perlu diingat, Perlembagaan tidak membenarkan sama sekali pendakwah agama lain menyampaikan dakyah agama mereka kepada orang Islam. Bukan kerana kita takut menerima dakyah agama mereka. Saya tidak pernah takut, datanglah berapa ramai pun paderi dan sami.

Saya bersedia mendengar. Mereka pula perlu bersedia mendengar hujah saya.

Tetapi Perlembagaan Negara kita sama sekali tidak membenarkan bukan Islam melakukan perkara yang sama terhadap orang Islam. Sila rujuk Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, pihak Kristian dan bukan Islam yang lain masih berdegil, masih melakukan kegiatan jahat menyampaikan dakwahnya kepada orang Islam.

Lebih menghairankan, kenapa ultra kiasu Ivy Josiah dan Siti jahil ini tidak bising apabila misionari Kristian menghantar pendakyah-pendakyah agama mereka ke kawasan orang asli, hospital-hospital dan tempat awam serta mengedarkan risalah agama mereka daripada rumah ke rumah, meskipun mereka tahu ia bertentangan dengan Perlembagaan, Siti Kasim Islam ke tidak?

Juga, tidak timbul soal cucu Hadi Awang atau cucu Nik Aziz Nik Mat menghantar anak mereka ke SJKC. Alasan ini amat naif dan tidak memahami matlamat dakwah dalam Islam. Sebab itu, seperti yang syorkan minggu lalu, orang bukan Islam perlu memahami Islam.

Saya yakin Hadi dan Nik Aziz menghantar cucu-cucunya ke SJKC atas nama dakwah, untuk menyampaikan Islam dalam bahasa kaum bukan Melayu, bukan kerana terlalu obseskan SJKC.

Begitu juga Melayu yang lain. Mereka mahukan cucu-cucu (anak-anak) mereka menguasai Mandarin agar misi dakwah mereka menjadi realiti. Lagipun belajar pelbagai bahasa dituntut oleh Islam.

Biasanya asas bahasa Malaysia anak-anak Melayu sudah kuat, sama seperti cucu Hadi dan Nik Aziz. Tidak ada masalah mereka belajar bahasa asing dengan menghantar mereka ke SJKC/T.

Masalahnya, SJKC hari ini adalah, pelajar-pelajar Cina tidak mempunyai latar belakang bahasa Melayu yang baik. Cakap bahasa Melayu tonggang langgang. Bahasa Melayu sekadar menjadi bahasa hafalan untuk lulus peperiksaan. Itulah ramai yang gagal dalam peperiksaan utama.

Sebab itu saya tidak hairan jika mereka mendapat markah A dalam peperiksaan. Hafalan mereka hebat. Tetapi, bila tiba komunikasi, hancur lebur. Akan terdengarlah kata-kata, lu, gua, tatak, dan seperti saya kata dulu, bulung-bulung telebang di angkaser.

Inilah standard anak Malaysia yang lahir di sini, menjadi warganegara di sini, rakyat di sini, tetapi tidak mahir langsung menguasai agenda bernegara. Layakkah mereka tinggal di bumi bertuah ini?

Bagaimana perpaduan yang erat dapat dijalinkan, jika komunikasi mereka begitu buruk dalam bahasa Melayu.

Saya tidak langsung pelik jika orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina atau Tamil, kerana mereka ada matlamat dan misi tertentu. Asas bahasa Melayu mereka baik.

Tetapi saya menjadi tersangat pelik, apabila ibu bapa Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina, sedangkan mereka tahu bahawa anak-anak ini, tahap bahasa Melayu dan komunikasi bahasa Melayu mereka, sangat buruk. Tetapi mereka biarkan sahaja. Mereka sanggup korbankan agenda negara demi memastikan agenda bangsa tercapai.

Ultra kiasu mahukan anak-anak mereka mahir bahasa Cina (Tamil) jauh lebih baik daripada menguasai bahasa negara iaitu bahasa Melayu. Ultra kiasu tidak pernah risau jika anak-anak mereka jahil bahasa Melayu, tetapi amat takut jika tidak dapat menguasai bahasa ibunda. Layakkah mereka menjadi rakyat Malaysia?

Sila lapor polis jika kenyataan ini menghasut dan bertentangan dengan Perlembagaan?

Hujah Howard Lee, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan merangkap Timbalan Ketua Pemuda PH dan Exco Perak dalam artikel web Msiakini bertajuk “Tiada bukti masyarakat bertutur bahasa sama tidak berpecah”, ternyata amat naif dalam membahaskan soal perpaduan. Eloklah lebih banyak belajar.

Katanya, tiada sebarang bukti yang menunjukkan manusia yang bercakap dalam bahasa yang sama tidak akan berlaku zalim terhadap satu sama lain. Kelompok yang bercakap satu bahasa juga tidak semestinya sehati dan sealiran.

Hujah saya, kita bercakap membangun negara bangsa, bukan masalah dalam negara. Tidak ada satu pun negara di dunia ini yang tidak mempunyai masalah. Hatta, negara-negara Arab yang sebangsa, menggunakan bahasa Arab pun bermasalah. Namun, mereka berjaya membangunkan bahasa negara mereka.

Begitu juga dengan kebanyakan negara di dunia ini bersifat homogeneous, iaitu sebangsa seperti negara China, India, Jepun dan lain-lain, menggunakan satu bahasa yang sama, adakah mereka tidak mempunyai masalah? Masalah tetap ada. Negara-negara membangunkan negara bangsa berasaskan satu bahasa. Semua rakyat mereka tanpa berkecuali memahami bahasa kebangsaan mereka.

Masalah negara kita adalah, ramai orang bukan Melayu tidak tahu berbahasa Melayu, malah ramai yang langsung tidak boleh berkomunikasi. Mahu dicampak ke mana mereka ini?

Hujah Howard Lee terlalu dangkal apabila membawa laporan penyata Barnes kepada Fenn-Wu. Apakah beliau tidak sedar bahawa orang Cinalah yang paling tegar menentang penyata Barnes ketika itu. Mereka langsung tidak mahu berkompromi jika bahasa Cina dikesampingkan.

Peliknya, mereka mahu tinggal di sini, tetapi tidak mahu menguasai agenda negara. Tidakkah patut mereka dihantar balik.

Hujahnya semakin naif apabila menonjolkan beberapa kajian yang dibuat pada peringkat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengenai akan pentingnya penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar peringkat pendidikan rendah.

Katanya, laporan mengenai Penggunaan Bahasa Vernakular di Sekolah yang diterbitkan oleh Unesco menegaskan “adalah jelas dan nyata bahawa pengantar yang paling baik untuk mengajar kanak-kanak ialah bahasa ibundanya” (Cummins 1979:223) dan “setiap usaha mesti dijalankan untuk memberikan pendidikan dalam bahasa ibunda” (Eastman 1983:83).

Laporan ini sesuai untuk mereka yang tinggal di negara China, tetapi bukan untuk pendatang yang berhijrah ke Tanah Melayu (Malaysia). Seperti kata mendiang Kay Kim, apabila pendatang ini sudah membuat keputusan menetap di sini, suka atau tidak mereka mesti menerima sistem negara yang mereka duduki. Mereka tidak boleh lagi membawa bahasa bersama sehingga boleh mencetuskan isu perkauman.

Soal terdapat 16 peratus ibu bapa daripada golongan Bumiputera menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan rendah di sekolah vernakular, ini bukan isu.

Memang belajar bahasa asing amat dituntut dalam Islam. Penting dalam dakwah dan tidak mudah ditipu. Justeru, tidak perlu berhujah untuk menegak benang basah. Apa kata saya cadangkan kita debatkan tajuk ini secara langsung dalam TV untuk khalayak menilai? Jika saudara Howard Lee setuju, boleh kita aturkan.

Perwakilan PAS yang membangkitkan isu ini tidak berniat untuk menyemai kebencian antara rakyat dan mencetuskan permusuhan politik. Malah, apabila isu ini dibangkitkan, jelas PAS melihat jauh perkara ini dan kaitannya dengan pembinaan negara bangsa.

Akhirnya, saya mohon ultra kiasu sepert DAP dan MCA membuat kajian khusus mengenai keupayaan atau keberkesanan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan bukan Melayu, terutama orang Cina yang menjadi penduduk terbesar bukan Melayu di Malaysia. Persoalan akan terjawab, yang dibangkitkan oleh ultra kiasu di atas akan terjawab.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close