Berita UtamaKomunitiUtama

Sambutan Aidilfitri Isma Kuala Kangsar meriah

300 tetamu termasuk Timbalan Mufti Perak, pemimpin politik hadir

KUALA KANGSAR, 26 Syawal 1440H, Ahad – Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana cawangan Kuala Kangsar di Taman Impiana, Lubuk Merbau di sini hari ini, meriah dengan kehadiran ratusan tetamu.

Antara yang hadir ialah Yang di-Pertua (YDP) Isma Kuala Kangsar, Haji Ishak Dun; Timbalan Mufti Perak yang juga YDP Isma Ipoh, Ustaz Zamri Hashim; dan Pengerusi Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Perak, Ustaz Shahruzzaman Bistamam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah YDP PAS Kuala Kangsar, Datuk Drs Khalil Idham Lim.

YDP Isma Kuala Kangsar, Haji Ishak berkata, majlis itu dihadiri lebih 300 tetamu terdiri daripada bangsa Melayu dan juga penduduk kawasan berkenaan.

Beliau berkata, majlis itu yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang adalah majlis sambutan Aidilfitri kali ketiga diadakan di negeri itu.

“Insya-Allah dengan sambutan yang amat menggalakkan ini, kita akan meneruskan lagi majlis ini pada masa akan datang,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close