Berita UtamaDuniaPalestinTimur TengahUtama

128 rakyat Palestin cedera angkara rejim Zionis

38 kanak-kanak, tujuh paramedik antara ditembak Israel

GAZA, 25 Syawal 1440H, Sabtu – 38 kanak-kanak antara 128 penunjuk perasaan Palestin yang cedera diserang rejim pengganas Israel ketika protes mingguan di sempadan Gaza, semalam.

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) dalam satu kenyataan berkata, serangan itu turut mencederakan tiga wanita, tujuh anggota paramedik dan seorang wartawan, di mana empat daripadanya parah.

Katanya, rejim Zionis bukan hanya menggunakan peluru hidup, bahkan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan peserta protes yang diadakan secara aman.

Protes mingguan berhampiran sempadan pagar Israel itu adalah siri demontrasi susulan Great March of Return, yang diadakan pada 30 Mac tahun lalu.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 305 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 17,000 yang lain cedera sejak protes berkenaan diadakan.

Awal minggu ini, sempadan Gaza menghimpunkan ribuan lagi rakyat Palestin sebagai membantah persidangan ekonomi yang dianjurkan negara pembuli Amerika Syarikat (AS) di Manama, Bahrain.

Persidangan itu antara lainnya adalah untuk memperkenalkan rancangan Presiden AS, Donald Trump berhubung pelan damai Palestin-Israel.

Gaza berada di bawah kepungan Israel sejak Jun 2007 dan sekatan yang dikenakan menyebabkan rakyat Palestin berdepan kemelut pengangguran, kemisikinan, dan taraf hidup yang amat teruk.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close